Make your own free website on Tripod.com
Perihal Sekularisme danPeminggiranBahasa Melayu

Oleh: EDITOR PELITA BAHASA MAC 1999


Fahaman sekularisme dikatakanbermula apabila Persekutuan Tanah Melayu menerima Residen British pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20. Dengan adanya Residen British di Tanah Melayu, segala urusan pentadbiran negara dikendalikan oleh Inggeris, sementara hal ehwal agama di bawah bidang kuasa Sultan dan Raja Melayu. Pemisahan antara agama dengan politik dan pentadbiran awam memang sengaja dirancang oleh Inggeris kerana Inggeris khuatir pada negeri Melayu yang menggunakan agama sebagai pedoman dalam politik dan pentadbiran kerajaan. Kekhuatiran ini timbul kerana Inggeris beberapa kali gagal menewaskan bala tentera Islam dalam beberapa siri Perang Salib yang terdahulu. Justeru, untuk menewaskan Islam, maka agama ini harus dipisahkan daripada urusan politik dan pentadbiran umatnya. Selepastahun 1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayudigunakan dalamsemua urusan pentadbiran negara.Bahasa Melayu ternyata dapat digunakan dengan berkesanmeskipun terdapat kalangan tertentu yang secara tidak sedar cuba menggagalkanpenerapan bahasa kebangsaan ini dalam segenap sektor dan segala bidang pemerintahan. Usaha secara tersirat ini mungkin lanjutan daripada pensekularan masyarakat Tanah Melayu sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.

Menurutsejarah, sekularisme bermula pada zaman Renaisons ketika memuncaknya pergerakan sosial humanisme yang menonjolkan kehebatan manusia .Pergerakan sosial ini timbul ekoran bantahan dan tentangan terhadap fahaman keagamaan pada era zaman pertengahan. Dengan meresapnya unsur sekularisme dalam peradaban Barat, maka wujudlah pemisahan antara alam tabii dengan alam ghaib.Dalam hal ini, sekularisme dikaitkan dengan pemisahan antara agama dengan urusan pentadbiran dan politik negara. Agama hanya dikaitkan dengan acara keagamaan seperti bacaan doa dan sebagainya.Akan tetapi, konsep pemisahan ini nampaknya hampir menular pada aspek bahasa dengan sesetengah urusan pentadbran kerajaan. Pada masa ini, bahasa kebangsaan kita hanya digunakan dengan meluas dalam sektor awam, tetapi tidak begitu dalam sektor swasta. Meskipun sekian banyak kempen yang diadakan dalam usaha menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor swasta, namun hanya segelintir sahaja yang menyambut baik seruan ini.Sekiranya keadaan ini berterusan, maka satu lagi konsep sekularisme akan menjadi perdebatan hangat: pemisahan antara bahasa kebangsaan dengan urusan politik dan pentadbiran kerajaan memandang usaha mempertahankan bangsa dan bahasa adalah salah satu daripada tuntutan agama kita. Jika konsep sekularisme pemisahan agama daripada politik dan pentadbiran dikaitkan dengan perancangan strategik orang Inggeris, maka siapakah pula perancang utama dalamsekularismepemisahan bahasa kebangsaan daripada urusan pentadbiran harian? Sekularisme pemisahan bahasa kebangsaan dengan urusan pentadbiran harian mungkin tidak dirancang, tetapi berlaku kerana kelemahan dalam strategi pengukuhan bahasa kebangsaan kita. Menurut Datuk Hassan Ahmad, yang wawancaranya dengan Pelita Bahasa disiarkan dalam keluaran ini, ....perlantikan Munsyi bahasa jelas menampakkan kelemahan dalam kaedah pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu....


BALIK